Pengendalian Perahan Susu Ibu

Sebelum memerah susu, Ibu perlu memastikan:

  1. Basuh tangan sehingga bersih
  2. Bekas menyimpan susu mesti dibersihkan atau disterilkan
  3. Simpan susu didalam peti sejuk
  4. Simpan kuantiti yang mencukupi dalam 1 bekas untuk sekali penyusuan
  5. Labelkan bekas dengan nama bayi dan tarikh
  6. Jika susu dibekukan tinggalkan sedikit ruang udara
  7. Gunakan susu yang terdahulu

CARA PENYIMPANAN PERAHAN SUSU IBU

TEMPAT BAYI NORMAL BAYI  PRAMATANG
Suhu bilik 4-8 jam Tidak disyorkan
Peti sejuk 48 – 72 jam 24 jam
Pembeku (1 pintu) Tidak disyorkan Tidak disyorkan
Pembeku (2 pintu) 3 bulan 3 bulan
Pembeku (-20c) 1 tahun 1 tahun

MENCAIRKAN SUSU IBU YANG DIBEKUKAN:

  1. Letakkan susu beku dibahagian rak bawah peti sejuk semalaman
  2. Rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang diperlukan untuk 1 penyusuan sahaja)
  3. Jangan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau atas dapur
  4. Susu yang telah dicairkan mestilah digunakan dalam masa 1 jam (tidak boleh dibekukan semula)

(sumber rujukan: Unit Zat Makanan, Jab. Kesihatan negeri Perak)